Connect with us

Hiburan

Pelakon Tersohor, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Pelakon terkenal Malaysia, Ridzuan Hashim dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Menurut Astro Awani, berita tersebut telah disahkan oleh anak saudaranya, Kamarul Izham Ahmad Badri sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu.

“Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi pihak Astro Awani.

Advertisement

Berita pemergiannya turut dikongsi oleh pelakon wanita, Didie Alias yang juga merupakan bekas isteri Allahyarham.

Sementara itu berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham yang juga pelakon Iman Zulkarnain.

“Bapa saudara saya meninggal dunia 11.12 pagi ini ketika sedang bersarapan. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Allahyarham atau nama sebenarnya, Mohd Ridzuan Hashim merupakan pelakon terkenal dan sinonim dengan watak ‘King’ dalam filem KL Gangster.

Ridzuan Hashim yang turut membintangi beberapa drama bersiri popular di Malaysia seperti SpaQ, meninggal dunia ketika berusia 62 tahun.

Advertisement
@malaysianupdatenews Pelakon Tersohor, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #ridzuanhashim #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel