Connect with us

Global

Wanita didakwa membunuh 14 orang kerana wang

BANGKOK: Seorang wanita dari Thailand telah dituduh meracuni orang ramai menggunakan sianida. Dia juga didakwa dengan 14 petuduhan membunuh, manakala bekas suaminya telah dihadap tuduhan berkaitan penipuan.

Sararat Rangsiwuthaporn ditahan pada minggu lalu selepas disyaki ada kena mengena berhubung kematian rakannya, Siriporn Khawong.

Kejadian berlaku apabila mereka berdua pergi ke Ratchaburi pada 14 April lalu untuk membuat amalan Buddha yang dikenali merit-making dan secara tiba-tiba Siriporn rebah dan meninggal dunia di tebing sungai.

Dalam laporan media, Sararat tidak tinggal di sisi rakannya untuk membantu ketika orang ramai sedang mencuba menyelamatkan Siriporn, malah dia terus pergi meninggalkan tempat kejadian.

Advertisement

Polis berkata, terdapat beberapa barangan Siriporn seperti wang tunai, dua telefon dan beg mahal telah didapati hilang. Hasil daripada bedah siasat didapati terdapat kesan sianida di dalam tubuh badan mangsa.

Kes itu menjadi semakin serius apabila lebih ramai keluarga mangsa tampil melaporkan mengenai ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia secara mengejut selepas berjumpa Sararat.

Namun, Sararat menafikan kesemua dakwaan tersebut, manakala bekas suaminya, Witoon Rangsiwuthaporn berkata dia tidak tahu apa-apa mengenai pembunuhan itu.

Sehingga kini, polis telah mengenal pasti beberapa orang telah menjadi mangsa termasuk seorang wanita yang maut di Nakhon Pathom pada Disember 2020.

Turut menjadi mangsa ialah dua anggota polis wanita dan dua orang guru yang meninggal dunia di Nakhon Pathom pada 2021 dan 2022.

Advertisement

Tambahan lagi, terdapat seorang wanita yang mengakui telah diracun tetapi terselamat berkata, dia jatuh sakit selepas mengambil ‘ubat batuk’ yang diberikan oleh Sararat ketika mereka keluar beriadah di sebuah pusat beli-belah.

Timbalan komander Bahagian Pencegahan Jenayah, Kolonel Anek Taosupap, berkata polis telah melakukan siasatan terperinci terhadap wanita berusia 36 tahun itu.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa mempunyai kaitan dengan suspek melalui skim pinjaman wang serta gadai janji kereta dan tanah.

“Ramai daripada mangsa telah memindahkan duit (berjumlah) lima hingga enam digit kepada suspek sebelum kematian mereka

“Kedua-dua tertuduh juga sudah bercerai tetapi masih tinggal bersama,” katanya.

Advertisement

Susulan kes itu, polis meminta orang ramai untuk melaporkan jika wujud keraguan atau kebimbangan berkaitan dengan kes itu.

Setakat ini, polis masih meneliti tiga kes lain dan kawasan siasatan yang membabitkan lima wilayah.

Kini, Sararat menghadapi 14 pertuduhan pembunuhan terancang dan satu percubaan pembunuhan, manakala Witoon didakwa menerima harta curi dan memalsukan serta menggunakan dokumen kerajaan yang dipalsukan.

Untuk pengetahuan, sianida adalah bahan kimia yang bertindak pantas yang mengganggu keupayaan tubuh untuk menggunakan oksigen dan menyebabkan serangan jantung serta berpotensi membawa maut.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Wanita didakwa membunuh 14 orang kerana wang. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #thailand ♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel