Connect with us

Global

Wanita Indonesia makan babi demi content didakwa

JAKARTA: Pempengaruh, Lina Mukherjee didakwa akibat mempersendakan agama Islam melalui video aksinya memakan babi di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut laporan yang dipetik daripada Utusan, Pengarah Siasatan Jenayah Khas, Komisioner Agung Marlianto dari Bahagian Siasatan Jenayah Khas Polis Wilayah Sumatera Selatan berkata, penentuan pendakwaan adalah mengikut prosedur dan undang-undang negara.

Untuk mengkaji kes ini, menurut Agung, pihak polis turut memanggil tiga pakar dalam bidang maklumat dan transaksi elektronik, bahasa serta undang-undang jenayah untuk menganalisis kandungan video yang dimuat naik oleh Lina.

Lina yang beragama Islam menjadi tular di media sosial kerana memuat naik videonya di TikTok yang memaparkan dia sedang menjamah hidangan kulit babi dengan alasan didorong perasaan ingin tahu.

Advertisement

Wanita yang berasal dari Indonesia itu diburu pihak berkuasa selepas didakwa mempersendakan agama Islam kerana memakan kulit babi berkenaan sambil membaca Bismillah.

Difahamkan, selepas video Lina tular, seorang peguam bernama M. Syarif Hidayat membuat laporan polis dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Selatan pada 18 April lalu turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan itu.

Lina hadir di balai polis dengan memakai baju hijau dan seluar putih ditemani dua pembantunya namun enggan mengulas ketika cuba ditemu ramah wartawan.

Lina tidak hadir ketika dipanggil memberi keterangan bulan lalu namun akur dengan panggilan kedua pada rabu lalu selepas polis memaklumkan akan mengambil tindakan tegas jika tiada sebarang respon diberikan wanita itu.

Terbaharu, Lina membuat permohonan maaf dan mengaku bersalah secara terbuka di balai polis Wilayah Sumatera Selatan semalam.

Advertisement

Menurut laporan yang dipetik daripada MetroTV News, Lina telah disoal siasat selama 12 jam pada rabu lalu (3/5/2023). Bagaimanapun, polis tidak membuat tangkapan atas alasan Lina sedang sakit. Soal siasat diteruskan setelah Lina keluar dari hospital semalam (4/5/2023). Kemudian, Lina memohon maaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

BACA: Demi content di TikTok, wanita Indonesia ini selamba makan daging babi

Video memakan babi yang dimuatnaik oleh Lina telah mencecah 6.8 juta tontonan sejak 6 Mac lalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Wanita Indonesia makan babi demi content didakwa. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #global #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel