Seorang Youtuber dan bikers terkenal India, Agastyya Chauhan, 25, dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Ketika kejadian, media tempatan melaporkan mangsa cuba menunggang pada kelajuan mencecah 300 kmj semasa dalam perjalanan dari Agra ke Delhi.
Agastya yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut merupakan seorang pengcipta kandungan yang aktif memuat naik kandungan berkenaan motosikal berkuasa tinggi di Youtubenya.
Menerusi saluran tersebut, mangsa juga kerap berkongsi pengalaman pengembaraan serta aktiviti harian menggunakan motosikal-motosikal tersebut.
Justeru, pemergian mendiang yang mempunysi ramai peminat itu nyata mengejutkan banyak pihak.
Berdasarkan laporan media, mendiang melanggar pembahagi jalan ketika menunggang pada kelajuan tinggi, menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas. Walaupun memakai topi keledar, namun impak kemalangan yang sangat teruk menyebabkan topi keledar yang dipakai berkecai sehingga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian untuk memberi bantuan mengesahkan Agastya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Khailash di Jewar, Noida untuk bedah siasat.
Pihak polis juga menggesa semua pengguna jalan untuk menunggang secara berhemah dan berhati-hati ketika di jalan raya.
Mendiang memuat naik video kali terakhir di saluran Youtubenya, Pro Rider 100 kira-kira dua hari lepas.
Sumber: Incpak
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.