Connect with us

Sukan

Messi mohon maaf pada PSG

PARIS: Lionel Messi memohon maaf secara terbuka kepada Paris Saint-Germain (PSG) kerana melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab awal minggu ini, dan bersedia menerima sebarang hukuman.

Messi, 35, didenda dan digantung oleh pendahulu Ligue 1 tersebut selepas melakukan lawatan promosi ke negara Asia Barat itu hingga terlepas sesi latihan.

“Saya ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan dan kelab,” katanya dalam video yang disiarkan di Instagram kepada 458 juta pengikutnya.

Kapten Argentina itu dikatakan digantung dua minggu selepas gagal hadir untuk latihan pada Isnin, sehari selepas kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Lorient dalam saingan Ligue 1.

Advertisement

Sebaliknya, pemenang anugerah Ballon d’Or tujuh kali itu terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran PSG bagi memenuhi komitmenn sebagai sebahagian kontrak dengan pejabat pelacongan negara berkenaan.

“Sejujurnya saya fikir kami akan diberi cuti selepas perlawanan seperti yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya.

“Saya sudah mengatur perjalanan ke Arab Saudi awal selepas terpaksa membatalkannya sebelum ini. Kali ini saya tidak boleh membatalkannya.

“Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan dan saya menunggu untuk melihat apa yang akan diputuskan kelab,” katanya.

Masalah yang timbul itu menyaksikan Messi berkemungkinan tidak akan kekal di PSG selepas musim ini apabila kontrak dua tahunnya dengan kelab itu tamat.

Advertisement

Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai prosedur disiplin memberitahu AFP bahawa Messi akan diketepikan selama beberapa hari dan tidak akan bermain dalam perlawanan menentang Troyes hujung minggu ini dalam Ligue 1.

Beberapa media di Perancis melaporkan Messi akan digantung selama dua minggu,namun tiada sebarang pengesahan mengenai perkara itu. – AFP

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel