Connect with us

Global

Video Lelaki Disamun Di Stesen Kereta Api Berlaku Di Brazil, Bukan Segambut

KUALA LUMPUR — Polis menafikan bahawa insiden seorang lelaki dirompak dan dicederakan oleh beberapa individu di sebuah stesen kereta api dalam sebuah klip video berlaku di Segambut sebaliknya menyatakan ia berlaku di Brazil bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata video berdurasi 41 saat bertajuk Segambut. Public transport at night itu dikesan tular hari ini.

“Hasil semakan mendapati video itu adalah insiden yang berlaku di Brazil pada bulan April dan video insiden berkenaan didapati telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan dakwaan ia berlaku di Kuala Lumpur,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya selain tidak menyebar mahupun berkongsi lanjut sebarang maklumat sedemikian untuk mengelakkan kegusaran serta keresahan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang di dalam negara ini,” katanya.

Klip video itu memaparkan seorang lelaki disamun oleh sekumpulan individu selain dipukul dan ditikam beberapa kali ketika mangsa cuba melawan untuk mendapatkan begnya.

Sumber: BERNAMA

Tonton Video Rompakan Stesen Kereta Api

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel