Saat ‘me time’ amat diperlukan untuk semua orang setelah penat dengan kerja atau menguruskan keluarga seharian untuk merehatkan diri dan ‘lari’ sebentar dari tekanan. Tidak perlu bersendirian di tempat yang mewah, cukup dengan membeli makanan atau minuman yang disukai pun sudah cukup dapat hilangkan tekanan.
Seorang pengguna TikTok Bernama Mama Adellia atau nama sebenar Nurain Syafiqa berkongsi pengalaman seram yang telah terjadi padanya sewaktu sedang ‘me time’ di dalam kereta.
Ketika itu dia sedang merakam video tersebut untuk dihantar kepada suaminya. Namun, kejadian seram kebetulan terjadi ketika Radio sedang rancak memutarkan lagu band Floor 88 berjudul 24434 yang berkaitan dengan rakaat solat 5 waktu.
Nurain sedang berselera makan waffle dan tiba-tiba terdengar satu suara garau lelaki sedang mengikut bait lagu “dua empat tiga empat”.
Ketika kejadian, Nurain tidak menyedari apa-apa dan dia hanya sambung makan seperti tiada apa-apa berlaku cuma terdapat beberapa kali dilihat dia sedang menoleh ke tempat lain. Jumlah tontonan video tersebut telah mencapai 1.9 juta dan 95.6 ribu jumlah tanda suka.
Di ruangan komen dalam video tersebut, ramai netizen mengaku berasa meremang apabila menonton video tersebut. Ada juga yang mendakwa kelihatan kelibat di belakang tempat duduk Nurain kerana mempunyai kelebihan hijab terbuka.
Video suara lain menyanyi ikut lagu di radio
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
@malaysianupdatenews Ada suara lain ikut menyanyi ketika sedang makan sambil mendengar lagu dalam kereta. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #seram #fyp ♬ original sound – Malaysian Update