Connect with us

Kemalangan

Gara-gara pemandu mengantuk, Ibu parah dan anak patah kaki dirempuh kereta

Dipercayai akibat pemandu mengantuk dan hilang kawalan, seorang wanita cedera parah manakala anaknya patah kaki selepas dilanggar sebuah kereta daripada belakang di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi itu, individu yang memuat naik video berkenaan mendakwa pemandu kenderaan tersebut memandu dalam keadaan mengantuk selepas pulang dari kerja.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sebuah motosikal dari belakang. Kejadian kemalangan berjaya dirakam kamera papan pemuka (Dashcam) kenderaan pemandu sendiri.

“Pemandu mengantuk selepas balik kerja malam. Kanak-kanak tersebut patah kaki manakala ibunya cedera parah,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook DashCam Owners Malaysia pada Ahad.

Advertisement

Difahamkan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menerusi video berdurasi 21 saat tersebut, jelas kelihatan dua beranak malang itu menunggang motosikal di sebelah kiri jalan sebelum kereta jenis Perodua Bezza berkenaan merempuh mereka dari belakang menyebabkan kedua-duanya terpelanting ke atas jalan.

Turut tular beberapa keping gambar dan keadaan kanak-kanak tersebut yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Video Kemalangan Di Changkat Lada

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel