Connect with us

Terkini

Pemilik kedai ugut lapor polis jika lelaki curi mesin pancing tak pulangkan semula

SHAH ALAM: Sebuah premis jual alat memancing membongkarkan kegiatan licik seorang lelaki yang sedang mencuri mesin pancing melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai telah berlaku pada Khamis lalu.

Di dalam video tersebut dapat menyaksikan lelaki itu sedang tersenyum ke arah kamera sambil tangannya lincah membuat perbuatan tersebut.

Pada awal video, lelaki itu seperti berpura-pura sedang mencari barang, kemudiannya, dia mengambil sebuah mesin pancing dan menyelitnya di bahagian depan seluar tanpa diketahui oleh pekerja di dalam premis terbabit.

Setelah berjaya mencuri, lelaki itu terus keluar daripada premis lalu menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan premis tersebut dan terus melarikan diri.

Advertisement

“Dalam masa seminggu, (sehingga 11 Mei 2023), kami minta untuk abang dancer pulangkan kembali reel tersebut, atau tindakan lanjut akan menyusul,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan daripada pemilik premis berkenaan tentang kejadian itu.

Tambahnya lagi, pihak polis akan datang ke kedai memancing tersebut untuk mendapat maklumat lanjut tentang kes tersebut.

Video mencuri mesin pancing

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Pemilik kedai ugut lapor polis jika lelaki curi mesin pancing tak pulangkan semula. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel