Connect with us

Terkini

CCTV rakam anak berkelakuan pelik setelah bawa balik bantal patung dari rumah nenek

Sudah banyak kisah seram yang dikaitkan dengan anak patung seolah-olah mempunyai ‘nyawa’ sehingga menimbulkan kejadian mistik. Seorang pengguna Facebook bernama Tengku Adzim berkongsi kisah seram yang telah terjadi pada anaknya setelah membawa pulang bantal lama yang berbentuk patung dari rumah nenek.

Pada awalnya, mereka hanya fikir bantal tersebut adalah bantal biasa kerana tidak perasan bantal itu berbentuk seperti patung. Pada malam itu, anaknya yang bernama Isaac tidak dapat tidur sehingga lewat pagi dan kadang-kala dapat dilhat Isaac berborak dengan bantal tersebut seperti kawan.

Isaac mula bersikap pelik seperti ketakutan sehingga enggan menjauh dan sentiasa menghimpit rapat ayahnya. Belum sampai 15 miniit hantar Isaac ke bilik, Isaac keluar semula lalu bertanya mahu tidur di mana? Ayahnya berasa pelik dengan soalan itu seolah-olah ada ‘seseorang’ telah mengambil tempat tidur Isaac. Ketika sedang tidurkan sekali lagi, Isaac ternampak bantal itu bergerak-gerak.

Setelah memeriksa CCTV dalam rumah, ayah dan ibu Isaac dapati memang kelakuan Isaac sangat pelik pada malam itu dan terus mereka meletakkan patung itu ke luar rumah tanpa diketahui oleh Isaac. Apa yang mengejutkan adalah Isaac marah dan bertanya kenapa bantal patung itu dibuang. Padahal ketika bantal itu dibuang, Isaac sedang tidur.

Tengku Adzim sempat menasihati supaya elakkan simpan benda menyerupai patung di dalam rumah.

Sumber: Facebook Tengku Adzim

Advertisement

 

@malaysianupdatenews CCTV rakam anak berkelakuan pelik setelah bawa balik bantal patung dari rumah nenek. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #seram ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel