Connect with us

Global

Suami bawa anak serbu isteri sedang berselingkuh bersama anggota polis di bilik hotel

Anggota Polis Daerah Sulawesi Tenggara, Bripka Dedi Musari ditangkap basah setelah diserbu suami perempuan simpanannya di sebuah bilik hotel, di Kota Kendari, pada Jumaat lalu sekitar pukul 8 malam.

Bripka ditangkap menjalin hubungan sulit dengan isteri orang di bilik 127, Hotel Plaza Kubra, Jalan Supu Yusuf, Desa Korumba, Daerah Mandonga, Kota Kendari.

Ketika diserbu, si suami mendapati isterinya dan Bripka masing-masing tidak berpakaian. Si suami kemudiannya mendedahkan keakraban awal Bripka dan isterinya yang mana dia sudah sedia maklum hubungan mereka kerana pernah membaca mesej hubungan sulit isterinya

Sehingga akhirnya, si suami sendiri menangkap isterinya yang sedang menginap di sebuah hotel bersama seorang anggota polis yang pernah menjadi juara tinju pada acara Minggu Sukan Wilayah Sulawesi Tenggara tahun 2007.

Kini, Bripka sedang menjalani tahanan di bilik tahanan khas. Ketua Perhubungan Awam Propam (Bahagian Profesion dan Keselamatan Dalam Negeri) Sulawesi Tenggara, Ferry Walintukan mendedahkan Bripka telah pun melalui proses Propam Polis Wilayah Sulawesi Tenggara dan kod etika akan dijalankan.

Advertisement

“Saat ini dia sedang menjalani tahanan dengan penempatan khusus di Propam Polis Wilayah Sulawesi Tenggara selama 30 hari. Penalti paling berat boleh dikenakan seperti pemberhentian tidak dengan hormat atau penalti pentadbiran,” kata Ferry kepada kompas.com pada Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua polis wilayah Muhammad Sholeh menjelaskan, prosedur mengendalikan kes polis yang mempunyai masalah disiplin akan dijalankan bagi memudahkan proses meneliti dakwaan pelanggaran kod etika profesional Polis. Pada masa ini, pihaknya masih meneliti kes Bripka untuk menjalani perbicaraan bagi kod etika profesional. Lelaki yang mempunyai tiga anak itu disyaki telah melanggar kod etika profesional Polis dan boleh dipecat.

Serbuan itu berlaku selepas si suami berasa curiga dengan isterinya yang katanya mahu pergi ke gim. Padahal masa tu isterinya masih kurang sihat.

Kedua-duanya kemudian diserbu oleh si suami yang turut membawa anak-anak mereka. Malah anak-anak mereka yang masih kecil menangis mendengar kekecohan itu. Turut datang bersama adalah keluarga si isteri serta kakitangan hotel dan tetamu hotel.

Apabila mereka diserbu, mereka berdua dalam keadaan tidak berpakaian dan pada ketika itu si isteri masih berbaring di atas katil dan segera dibalut dengan selimut oleh anak sulungnya yang turut ikut serta dalam serbuan itu.

Advertisement

Dalam video tersebut memaparkan si suami dibantu saudara mara dan tetamu hotel sedang  mengepung Bripka. Bagaimanapun, anggota polis itu bertindak hendak melawan sehingga menyebabkan beberapa orang memukul Bripka sehingga mulutnya berdarah. Beberapa tetamu hotel turut memecahkan kekecohan itu.

Tidak lama kemudian, anggota Polis Wilayah Sulawesi Tenggara datang untuk mendamaikan situasi serta membawa kedua-duanya ke balai polis untuk lakukan siasatan lanjut. – Malaysian Update

Video suami serbu isteri bersama kekasih di bilik hotel

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Suami bawa anak serbu isteri sedang berselingkuh bersama anggota polis di bilik hotel. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #global #curang #tangkapbasah #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel