Sakaratul maut adalah antara peristiwa yang akan dilalui setiap makhluk di muka bumi ini sebelum menempuh saat kematian, antara permulaan seseorang itu untuk melangkah ke alam Barzakh.
Ia pasti datang dan tidak akan terlewat walaupun sesaat seperti mana firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Setelah seseorang itu meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh kepada kedua ibu-bapanya.
Seorang Ustaz yang bernama Hazuan Hazmi berkongsi kisah ayahnya, Allahyarham Zakaria Bin Sudin, di laman Facebook dan TikTok miliknya. Perkongsian tersebut diceritakan ketika beliau sedang membacakan talqin selepas pengebumian ayahnya dan mereka adik-beradik terpilih menguruskan jenazah ayah mereka. Ini termasuk ajarkan syahadah, mandikan jenazah, bawa van jenazah, imamkan solat jenazah, turunkan jenazah ke liang lahad dan talqinkan jenazah ayah mereka sesama adik-beradik.
Ramai tetamu yang hadir berkata kematian ayahnya amat dicemburui ramai kerana meninggal dunia pada pagi jumaat dan ramai jemaah yang hadir untuk solat jenazah yang diadakan selepas solat jumaat.
Ustaz Hazuan turut berkata bahawa ayahnya pergi dalam keadaan bersedia dan tinggalkan mereka tanpa sedikit susahkan anak-anaknya. Ketika arwah masih hidup, anak-anaknya menyaksikan sendiri kebaikan ayah mereka antaranya ialah membela anak yatim, waqafkan tanah yang lebih besar dari rumah mereka untuk dijadikan surau walaupun mereka bukan orang senang, meraikan tetamu dengan menjamu makan, sentiasa zikrullah, membaca al-quran dan banyak bersedekah.
Ustaz Hazuan berasa bersyukur kerana dapat menguruskan ayahnya buat kali terakhir dari sebelum ayahnya meninggal dunia. Beliau turut berdoa supaya ayahnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Semoga kisah ini dijadikan teladan untuk kita semua supaya dapat meningkatkan amalan yang sedia ada.
Video Ustaz Hazuan Hazim membaca talqin pada pengebumian ayahnya
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
@malaysianupdatenews Talqin yang betul-betul meninggalkan kesan mendalam. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #talkin #fyp ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official