Connect with us

Terkini

Ah long tidak puas hati penduduk berani membakar risalah iklan pinjaman wang tanpa lesen

Dapat kita lihat di sekeliling tempat kita tinggal terdapat pelbagai risalah ah long atau pinjaman wang tanpa lesen yang berlainan ditampal atau diedar di serata tempat.

Ramai penduduk berasa kurang senang dengan risalah iklan berkenaan terutamanya ia mencemarkan pemandangan dan lebih buruk lagi telah ramai manjadi mangsa akibat dipancing melalui risalah itu.

Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Malaysia Most Viral di Twitter memaparkan berlaku perbalahan mulut antara seorang lelaki yang juga penduduk kawasan itu (perakam video) dan seorang wanita dipercayai pekerja ah long.

Difahamkan, perbalahan tersebut berlaku apabila lelaki terbabit berani bertindak dengan membakar edaran risalah atau ‘flyer’ yang diletakkan di motosikal penduduk yang diletakkan di kawasan parkir perumahan flat.

Advertisement

Lelaki itu bertindak mempertahankan tindakannya membakar risalah iklan tersebut selepas pekerja ah long itu berkata bahawa lelaki itu sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu jika tidak bersetuju dengan risalah diletakkan supaya dia boleh mengutip semula risalah yang telah diedar.

Wanita tersebut juga mempersoalkan tindakan lelaki itu yang membakar risalah berkenaan. “Saya nak tanya encik, adakah betul tindakan encik ini untuk kutip tanpa beritahu kami dan bakar?” soalnya.

Lantas lelaki itu membalas dengan berkata bahawa dia tidak perlu bertanya kepada mereka kerana mengedar risalah iklan perkhidmatan itu adalah menyalahi undang-undang.

“Memang saya bakar, awat (kenapa) hampa (kamu) ingat kami takde duit ke. Hampa dok buat pinjaman ah long esok-esok menyusahkan orang,” ujar lelaki tersebut dalam video berdurasi dua minit 18 saat itu yang tular pada Selasa lalu.

Kemudian, pekerja ah long tersebut mengalah dan terus beredar dari kawasan itu.

Advertisement

Lokasi dan waktu kejadian berlaku tidak dapat dipastikan, cuma berdasarkan gaya percakapan dan loghat dalam perbualan mereka dalam video tersebut mungkin dipercayai berlaku di negeri belah utara Malaysia.

Video pertengkaran antara penduduk yang membakar risalah ah long dan pekerja ah long

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
@malaysianupdatenews Ah long tidak puas hati penduduk berani membakar risalah iklan pinjaman wang tanpa lesen. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #ahlong #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel