Connect with us

Kemalangan

“Saya nak pergi kedai..” – Toyota Vios terbabas masuk semak dipandu budak lelaki 6 tahun di Langkawi

Tular di media sosial video memaparkan sebuah kereta Toyota Vios yang terbabas dipercayai dipandu oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Titi Cawang, Langkawi, Kedah pada Selasa itu berjaya dirakam oleh orang awam dan videonya tular di media sosial pada Rabu.

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang dilihat mengerumuni kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih tersebut yang terbabas ke kawasan semak samun.

Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki berada di bahagian pemandu kereta berkenaan dalam keadaan selamat.

Advertisement

Turut kedengaran seorang lelaki bertanyakan beberapa soalan untuk memastikan keadaannya.

“Hang (awak) okay? Mana keluarga awak? Kami ingat pemandu mabuk tadi,” tanya seorang lelaki.

“Saya tekan, kereta berjalan,” jawab kanak-kanak lelaki berkenaan.

Kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan berkata dia ingin ke kedai.

Menerusi maklumat awal yang dikongsikan orang awam, Toyota Vios tersebut dipandu dalam keadaan berbahaya sebelum terbabas ke tepi jalan.

Advertisement

Tonton Video Budak 6 Tahun Bawa Toyota Vios

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel