Connect with us

Terkini

Plot twist mistik budak lelaki 6 tahun pandu kereta vios di Langkawi

Sejak semalam berita budak lelaki 6 tahun bersama adiknya berusia 3 tahun telah menggemparkan seluruh Malaysia kerana keluar dari rumah dan memandu kereta ayahnya sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa lalu.

Laporan yang dipetik daripada Astro Awani, Ketua Polis Daerah Langkawi, Assiten Komisioner Shariman Ashari berkata, ayah dan ibu kanak-kanak yang masing-masing berusia 28 tahun dan 22 tahun itu telah dipanggil untuk hadir ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk memberi keterangan.

“Menurut ibu kanak-kanak itu sebelum kejadian dia berada bersama dua anaknya berusia tiga dan enam tahun di ruang tamu rumahnya.

“Bagaimanapun ibu dua beradik itu masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan sebaik keluar menyedari kedua-dua anaknya telah tiada di ruang tamu. Sebaik mencari di seluruh bahagian rumah tidak menemui anaknya lalu wanita itu mengejutkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan anak mereka telah hilang.

Advertisement

“Ketika suaminya ingin mengambil kunci kereta yang digantung di dinding mendapati kunci tiada dan pemeriksaan di luar rumah turut mendapati kereta tiada di hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

“Abangnya hanya mengatakan dia tarik dan naik ke atas kerusi lalu mengambil kunci kereta yang digantung di dinding dan selepas itu terus menghidupkan kereta ke kedai untuk membeli kereta mainan,” ujarnya.

Katanya, polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terbaharu, terdapat ‘plot twist’ seram yang telah tular sebuah rakaman suara dipercayai perbualan antara ibu dan anaknya yang berusia 6 tahun.

“Bukan abang bawak Pak Lang bawak, Pak Cik bawak,” kata kanak-kanak tersebut ketika disoal oleh ibunya.

Advertisement

Dalam perbualan tersebut kanak-kanak itu turut berkata terdapat ramai yang berada di dalam kereta tersebut termasuk, Tok Wan, Pak Lang dan Pak Cik. Ujarnya lagi, Tok Wan seorang yang berbulu dan badannya panas.

Terdapat tangkapan skrin yang turut tular dipercayai perbualan ayah kepada kanak-kanak tersebut. Katanya, di dalam badan anaknya terdapat sesuatu yang lain dan apabila anaknya disoal polis, anaknya berkata Tok Wan yang bawa kereta dan badan Tok Wan berbulu.

Lebih pelik lagi, bagaimana cara anak sekecil itu boleh keluarkan kereta ayahnya dari parkir kereta dan mereka masih tak boleh fikir bagaimana kanak-kanak itu boleh pandai lepaskan ‘handbrake’ untuk undurkan kereta.

Persoalannya, siapakah Tok Wan yang dimaksudkan kanak-kanak itu?

Video kanak-kanak mengaku Tok Wan pandu kereta

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Plot twist mistik budak lelaki 6 tahun pandu kereta vios di Langkawi. Video penuh dalam artikel. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #seram #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel