Wanita bukan Islam berpakaian pendek masuk masjid ikut solat berjemaah

Sebuah video tular telah tersebar menunjukkan seorang wanita yang berambut perang bukan Islam mengenakan pakaian skirt pendek memasuki masjid di sebuah bandar di Kanada. Di dalam video berkenaan memaparkan wanita itu sedang mengikuti pergerakan solat berjemaah di hadapannya.

Difahamkan kejadian tersebut telah berlaku sekitar tahun lepas dan ketika itu negara tersebut masih mengamalkan solat penjarakan fizikal.

Dalam video yang dimuat naik di sebuah akaun YouTube itu menjelaskan wanita tersebut adalah seorang bukan Islam dan sebab itu dia berpakaian tidak sopan walaupun berada di dalam masjid. Dia dilihat mengikut gerak-geri jemaah yang sedang solat sehingga selesai.

Walaupun dia tidak faham cara solat, wanita itu tetap mengikut gerak-geri jemaah yang hadir dan kadang-kala dia ketinggalan dari jemaah lain.

Selepas solat selesai, wanita bukan Islam itu berjumpa dengan imam masjid dan bertanyakan beberapa soalan. “Jadi tidak ada anak Tuhan di sini?” tanya wanita bukan Islam itu.

Advertisement

“Memang ada, tapi dia Nabi, dia bukan anak Allah,” jawab imam masjid berkenaan sambil mendukung anak wanita itu.

Imam masjid mengajarnya tentang akidah dan menerangkan dengan jelas tentang ajaran Islam yang lengkap. Manakala, wanita itu kelihatan khusyuk mendengar untuk memahaminya dengan jelas.

Selepas beberapa hari kemudian, wanita itu datang semula berjumpa dengan imam masjid dan kali ini matlamatnya adalah untuk menjadi seorang muallaf dengan masuk Islam.

Imam masjid juga menyambutnya dengan baik. Dia kemudian membimbing wanita itu untuk membaca dua kalimah syahadat.

Video wanita bukan Islam ikut solat berjemaah

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Wanita bukan Islam berpakaian pendek masuk masjid ikut solat berjemaah. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #islam #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

10 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago