Connect with us

Terkini

“Aku nak buat IC supaya aku boleh buat kad bank, pergi dekat JPN, JPN minta kad bank aku baru boleh buat IC” – lelaki kecewa JPN tidak terima bayaran secara tunai

Kad pengenalan atau IC adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana. Disebabkan boleh dibawa ke mana-mana, maka lagi senanglah IC itu hilang. IC yang disalahguna oleh orang yang tak bertanggungjawab boleh membahayakan kita.

Macam mana pun kita hilang IC tersebut, tindakan perlu dilakukan secepatnya untuk mendapatkan kad pengenalan baru. Untuk memohon IC baharu, pemohon mesti membuat laporan polis sebelum hadir ke mana-mana pejabat JPN berdekatan untuk membuat permohonan gantian hilang IC.

Tular sebuah video yang dimuat naik oleh @kasutbundlekarlesha2 di TikTok yang memaparkan seorang lelaki meluah perasaan tidak puas hati terhadap layanan yang diterima oleh kakitangan JPN di UTC Shah Alam pada Isnin lalu.

Di awal penceritaan, dia memaklumkan dia telah kehilangan dompet dan kesemua kad penting yang berada di dalam dompet telah hilang termasuklah IC dan kad bank.

Advertisement

Oleh itu, dia pergi ke JPN yang terletak di UTC Shah Alam untuk membuat IC baharu dan maklumkan kepada kakitangan yang bekerja di kaunter depan bahawa dia telah kehilangan IC.

Bagaimanapun, yang menjadi isu ialah ketika kakitangan tersebut berkata, di situ mereka tidak menerima bayaran secara tunai atau pindahan wang dalam talian dan bayaran hanya boleh dibuat melalui kad debit atau kad kredit sahaja.

Masalah yang timbul adalah, lelaki itu telah kehilangan dompet dan kesemua kad bank telah hilang. Jika hendak membuat kad bank baharu, sudah pasti pihak bank akan minta IC lelaki itu. Apabila lelaki itu minta solusi daripada kakitangan yang bertugas, dia hanya meminta lelaki itu fikir dan selesaikan masalahnya sendiri.

Solusi yang kakitangan itu beri adalah dengan menyuruh lelaki itu memakai kad bank kawannya. Pendapat itu dianggap mustahil kerana seseorang yang sudah seusia itu perlu membawa kawan untuk menemani membuat IC baharu.

Lelaki itu turut berkata sepatutnya UTC adalah tempat untuk memudahkan orang ramai kerana boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dan dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

Pada masa kini yang mana dunia semakin canggih, seharusnya pihak JPN menyediakan pelbagai cara bayaran dan salah satunya dengan menyediakan pembayaran kod QR. Pembayaran kod QR adalah kaedah pembayaran tanpa sentuh di mana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada apl mudah alih. Ini merupakan kaedah alternatif untuk melakukan pemindahan wang elektronik di tempat jualan menggunakan terminal pembayaran.

Advertisement

Tambah lelaki itu lagi, kakitangan JPN yang berkerja di kaunter itu sewajarnya tidak menunjukkan muka yang ‘ketat’ kepada pelanggan. Sebagai barisan hadapan antara pelanggan dan jabatan, kakitangan tersebut perlulah bermanis muka dengan pelanggan terutamanya mereka telah membawa seluruh imej jabatan.

Video lelaki luah rasa tidak puas hati terhadap layan kakitangan JPN

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
@malaysianupdatenews “Aku nak buat IC supaya aku boleh buat kad bank, pergi dekat JPN, JPN minta kad bank aku baru boleh buat IC” – lelaki kecewa JPN tidak terima bayaran secara tunai. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #jpn #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel