Connect with us

Global

Pekerja baru mengaku puas hati bunuh bos dengan kejam gara-gara sering dimaki

Seorang pekerja depot air isi semula di Semarang, Muhammad Husen, 28, telah ditahan polis kerana didapati bersalah membunuh majikannya. Irwan Hutagalung, 53, dibunuh ketika sedang tidur di tempat perniagaannya pada Khamis malam minggu lepas.

Suspek merupakan pekerja yang baru sebulan bekerja di depot air isi semula milik mangsa Irwan Hutagalung di Jalan Mulawarman Raya Tembalang, Kota Semarang.

“Setelah membunuh, saya melarikan diri ke Banjarnegara dan tidak langsung ke balai polis kerana saya ingin biarkan polis bekerja (memburu suspek),” katanya ketika memberi kenyataan di hadapan media pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Semarang, Rabu lalu.

Suspek yang berasal dari Sambong, Punggelan, Banjarnegara itu mengakui tidak menyesal mencacatkan mayat badan majikannya. Ini kerana, Husen mengaku berdendam dengan majikannya. Malah, dia juga sempat pergi minum sejurus selesai membunuh di warung berdekatan tempat kejadian.

Advertisement

Difahamkan suspek membunuh majikannya secara kejam iaitu mencacatkan mayat mangsa dengan menusuk kedua-dua belah pipi sehingga tembus ke rongga mulut hingga ke kepala menggunakan tuil besi. Suspek juga bertindak memotong kepala dan tangan mangsa.

“Kenapa kepala, kerana ada mulut di kepala yang sering mengomel kepada saya.” Bukan itu sahaja, Husen juga masih ingat tangan mangsa telah memukulnya beberapa kali.

Maka, sebab itu juga dia memotong kedua-dua tangan mangsa dan memasukkan potongan badan mangsa ke dalam guni, kemudian tuangkan simen berserta bahagian badan yang lain. “Kemudian sebahagian tangannya saya potong kerana tangan itu sering digunakan untuk memukul saya,” katanya.

“Saya sering dipukul dan dimarahi mangsa, jadi saya tidak menyesal, saya sedia dihukum,” jelasnya. Husen mengaku sudah beberapa hari melarikan diri, bersembunyi di rumah rakannya di Banjarnegara. Dia turut berjaya melarikan motosikal jenis Yamaha Byson berwarna putih dan wang tunai sebanyak Rp 7 juta yang berada di dalam dompet milik mangsa.

Husen turut mengaku menggunakan wang itu untuk mabuk dan bergembira selepas dia membunuh majikannya dengan kejam. “Ya, saya mengambil wang untuk makanan, makanan ringan, rokok, dan gembira,” katanya.

Advertisement

“Saya bersembunyi di rumah kawan kerana rumah itu kosong,” ujarnya. Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata Husen ditangkap di tempat persembunyiannya pada Selasa lalu. Semasa tangkapan, polis telah menembak kaki kanan suspek dan kes ini akan dijalankan dengan Perkara 340 Kanun Jenayah yang boleh dihukum penjara 20 tahun jika didapati bersalah.

“Sementara suspek utama masih Husen, kami masih meneliti seorang Imam yang juga peniaga warung dan kemungkinan dia boleh menjadi suspek,” jelasnya. Ini kerana, Imam tersebut mengetahui pembunuhan kejam yang dibuat oleh Husen, namun Imam itu bertindak mendiamkan diri tanpa melaporkan Husen kepada pihak polis.

Anehnya sepanjang berada dalam kawalan polis, lelaki ini hanya tersenyum dan akui berpuas hati kerana amarah terpendam sudah dilepaskan.

Pun begitu, Husen kemudiannya rasa menyesal dan sempat meminta maaf kepada keluarga Tuan Irawan. Tonton video Husen meminta maaf dibawah.

Sumber: Bandung.Viva, Tribun Tangerang dan kompas TV

Advertisement

Video sidang media pengakuan pembunuhan yang dilakukan oleh Husen 1

Video sidang media pengakuan pembunuhan yang dilakukan oleh Husen 2

Husen mengaku rasa menyesal & meminta maaf kepada keluarga Tuan Irawan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Pekerja baru mengaku puas hati bunuh bos dengan kejam gara-gara sering dimaki. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #jenayah #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel