Connect with us

Terkini

Seram pocong menjelmakan diri dan mengeluarkan bunyi pelik, kecoh satu kampung

Tular sebuah video penampakan makhluk halus berbalut dengan kain putih dipercayai ‘pocong’. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @rose_alin.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan kelibat yang didakwa sebagai pocong telah mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Bunyi tersebut didakwa milik pocong terbabit.

Menerima sebanyak 3.3 juta jumlah tontonan dan 163 500 jumlah tanda suka sejak dimuat naik pada 23 Februari lalu.

Menerusi video tersebut, kejadian penampakan pocong itu berlaku di sebuah kampung yang terletak di sebuah kawasan Felda di Sungkai, Perak.

Advertisement

“Kecoh satu kampung baru-baru ni, pocong merata-rata diorang jumpa. Lokasi salah satu Felda di Sungkai,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen video tersebut.

Di sebuah video perkongsiannya yang kedua, terdapat beberapa orang penduduk kampung mendakwa pernah ternampak wajah seram pocong tersebut dalam keadaan berulat.

“Ada yang ternampak berulat mukanya. Seram aihh,” tulis pemilik video pada ruangan kapsyen bahagian video kedua.

Perkongsian video seram tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen tentang penampakan ‘pocong’ terbabit. Terdapat banyak komen yang ditinggalkan oleh pengguna TikTok berkaitan video tersebut di ruangan komen.

Ramai yang mendakwa bunyi seram tersebut memang betul milik pocong berkenaan kerana pernah mendengar sebelum ini.

Advertisement

“Betul bunyi pocong memang macam ni. Saya pernah kena dulu waktu kem komando dulu,” tulis seorang netizen yang mempunyai pengalaman mendengar bunyi seram tersebut.

“Emak aku cakap… memang betul bunyi pocong macam tu… seram wei nasib tengok siang,” tambah seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, video tersebut tidak dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak.

Video penampakan pocong yang mengeluarkan bunyi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Seram pocong menjelmakan diri dan mengeluarkan bunyi pelik, kecoh satu kampung. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #seram #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel