Connect with us

Terkini

‘Content Creator’ dikecam selepas didakwa menjatuhkan maruah TLDM kerana konten kentut di mikrofon kapal TLDM

Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang ‘content creator’ di TikTok dengan menerbitkan video tidak bermoral dalam kapal tentera laut telah mengundang kecaman netizen di media sosial.

Ketika kejadian itu, difahamkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menganjurkan Hari Terbuka Armada yang memberi peluang kepada orang awam untuk masuk ke dalam kapalnya bagi merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal perang tersebut.

Seorang ‘Content Creator’ yang dikenali sebagai Zuraidah Nasir, yang dikenali ramai dengan penerbitan video pelik dilaporkan telah masuk ke bilik kawalan utama.

Menerusi video tular tersebut, Zuraidah dilihat berlakon seolah-olah dirinya mengalami sakit perut sebelum mengambil mikrofon dan melepaskan kentut sehingga dapat didengari oleh mereka yang berada di dalam dan luar kapal berkenaan.

Advertisement

Perbuatan tidak bertanggungjawab Zuraidah itu bukan sahaja menjijikkan, malah dianggap telah menghina dan menjatuhkan maruah TLDM. Lebih teruk lagi, ada beberapa anggota TLDM dikesan turut ‘menjayakan’ video tersebut.

“Perbuatan content creator itu telah menjatuhkan maruah ATM secara amnya dan TLDM secara khusus. Semata-mata untuk mendapatkan like, dia sanggup menghina TLDM.

“Kalau pun ada keizinan untuk melakukan konten seperti ini, ia perlu ditapis,” kata pengendali laman Facebook Malaysia Military Power.

Manakala seorang pesara tentera, Fakhrin Tokai, mengakui beliau juga terkejut melihat video tular itu yang baginya telah menghina tentera.

“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.

Advertisement

“Orang seperti ini patut disenarai-hitamkan daripada memasuki kawasan-kawasan tentera di masa akan datang, termasuk hari terbuka tentera dan sebagainya.

“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.

“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Terkini Eyda menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana pihak khususnya tentera TLDM.

👉Wanita Dikecam Buat kontent kentut atas kapal TLDM

Advertisement

👉Video Eyda Buat Permohonan Maaf

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel