Connect with us

Global

Tular video wanita misteri naik motor bantu ‘buka jalan’ ambulans bawa bayi kritikal

Aksi berani seorang wanita misteri di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia mengiringi ambulans di tengah-tengah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal menarik perhatian masyarakat di negara tersebut.

Video tular itu dirakam daripada ambulans terbabit yang difahamkan sedang membawa seorang pesakit bayi berusia lapan minggu sedang dalam keadaan kritikal.

“Ketika itu, kami membawa seorang pesakit bayi berusia 8 minggu yang menghidap epilepsi atau sawan, anemia teruk dan sesak nafas.

“Ketika itu, bayi berkenaan juga menggunakan alat pernafasan,” kata pemandu ambulans terbabit, Irfan, seperti dilaporkan detikJabar pada Jumaat.

Advertisement

Irfan berkata, video itu dirakam menggunakan kamera papan pemuka ambulans dibawanya pada 30 April lalu.

Ketika itu, keadaan jalan raya mengalami kesesakan akibat aliran kenderaan pelancong yang pulang ke Cibadak dan Sukabumi dari lokasi pelancongan di Sukabumi Selatan, Indonesia.

Menurut Irfan, pada waktu itu, ambulans memang sudah beberapa kali dihentikan kerana kesesakan berlaku dan ketika saat tersebut juga wanita berkenaan yang berbaju hitam secara tiba-tiba muncul bagi memberikan bantuan.

“Jadi kami diiring keluar sehingga melepasi jambatan Bagbagan, saya menghala ke kanan ke Cibadak, manakala dia belok kiri menghala ke Palabuhanratu.

“Keadaan jalan pada waktu itu memang dibuka hanya sehala. Jadi dia bukan sekadar memandu, malah berhenti membuka penghadang jalan,” kata Irfan. — Agensi

Advertisement

👉Video wanita misteri naik motor bantu ‘buka jalan’ ambulans bawa bayi kritikal

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel