Connect with us

Global

YouTuber bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dengan sengaja musnahkan pesawat

Seorang pereka kandungan dalam talian atau YouTuber sengaja mengakibatkan sebuah pesawat ringan terhempas.

Travor Daniel Jacob, 29, merupakan YouTuber dari Amerika Syarikat dikatakan berbuat demikian demi rakaman kandungan dalam talian.

Jacob yang juga bekas atlet papan luncur salji memuat naik video berdurasi 13 minit di akaun YouTube miliknya bertajuk I Crashed My Plane.

Dalam video tersebut memaparkan Jacob keluar dari pesawat dan terjun sambil sebelah tangannya memegang kamera.

Advertisement

Kata Jacob dia berbuat demikian kerana pesawat terbabit mengalami kerosakkan dan tidak dapat berfungsi.

Dia juga melaporkan pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan ais.

Bagaimanapun setelah siasatan dilakukan, rakaman yang dibuat pada November 2021 itu sebenarnya hanya satu tipu helah semata-mata.

Pesawat terbabit berada dalam keadaan baik, namun Jacob berbuat demikian kerana ingin merakam detik dia terjun dari pesawat.

Sejak dimuat naik pada Disember 2021, video terbabit hampir 4 juta tontonan.

Advertisement

Jacob kemudian mengaku dia membuat laporan palsu kepada inspektor keselamatan penerbangan dan perkara itu menyebabkan lesen penerbangannya ditarik balik.

Pada masa sama, Jocob turut didakwa di Mahkamah Los Angeles atas pertuduhan memusnahkan dan menyembunyikan dengan niat serta menghalang siasatan pihak berkuasa.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Jacob bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. — Agensi

👉Tonton video Youtuber sengaja musnahkan pesawat

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel