Connect with us

Terkini

Tetap positif walaupun hilang penglihatan selepas kemalangan dahsyat, kisah Masitah buat ramai muhasabah diri

“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.

Depetik daripada laporan Harian Metro, Masitah, 32 tahun, sebelum ini hidup normal tetapi kehilangan penglihatan pada kedua-dua matanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac yang lalu, iaitu dua hari sebelum Ramadan.

Disebabkan kemalangan tersebut, Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital, tetapi kejadian tersebut tidak membuatnya bersedih. Sebaliknya, dia terus positif dalam menjalani kehidupan.

Aura positifnya dapat dilihat melalui perkongsian video di TikTok, di mana netizen rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang tetap tenang walaupun menghadapi ujian yang hebat.

Mengenang detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia menaiki kereta yang dipandu oleh kakitangannya, manakala suaminya, Nik Nazri Abidin, 36 tahun, tidak bersamanya kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.

Advertisement

Segalanya bermula apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki co-founder NM Aircond Electrical & Cleaning Services itu dirempuh lori 15 tan di Kilometer 193.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah, Selatan.

Kemalangan yang dahsyat tersebut telah mengorbankan kakitangannya, Muhammad Quzaimi Izzaudin Mahmod, yang mengalami kecederaan serius sebelum akhirnya meninggal dunia.

Menurut Masitah, kenderaan yang dia naiki mengalami masalah. Sistem kendaliannya tidak berfungsi, yang menyebabkan MPV tersebut tidak dapat dikawal dan terhempas ke kiri jalan. Pada masa yang sama, sistem beg udara (airbag) juga tidak berfungsi.

Kemudian, secara takdir, sebuah lori berat sebanyak 15 tan secara tiba-tiba merempuh kenderaan tersebut, mengakibatkan keretanya hancur berkecai.

“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.

Advertisement

“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.

“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.

“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.

“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Masitah mengakui bahawa dia berasa sedih dengan apa yang berlaku, tetapi dia menganggap ini bukan pengakhiran baginya. Sebaliknya, dia bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.

Advertisement

“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.

“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.

“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.

Kisah Masitah yang menarik perhatian ramai orang membuatnya tidak menyangka bahawa video yang dimuat naik di TikTok akan menarik perhatian ramai pihak.

“Sebelum ini, saya lebih aktif di Facebook (FB) namun kakitangan yang syorkan muat naik di TikTok sebagai tanda kemunculan semula.

Advertisement

“Terkejut juga apabila video saya meraih tontonan tinggi bukan hanya dalam kalangan netizen tetapi juga pihak media kerana jujurnya pernah impikan untuk ditemubual cuma sedar diri tak hebat mana.

“Kini, Allah SWT kabulkan doa saya walaupun selepas saya sudah tidak dapat melihat.

“Jadi, bagi mereka yang senasib, marilah kita sangka baik dengan Allah SWT kerana ujianNya adalah untuk melihat bagaimana kita menerimanya sama ada suka, berlapang dada atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Nik Nazri, berkata bahawa kejadian tersebut tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isterinya. Malah, ia menambahkan rasa sayangnya.

“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.

Advertisement

“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.

“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Video Masitah bercerita pengalaman selepas hilang penglihatan

Polis Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel