Jika masih ada yang beranggapan kerjaya guru adalah mudah dan selesa, kenyataan tersebut perlu dikaji semula kerana hakikatnya menjadi seorang pendidik terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Setiap guru, sama ada yang mengajar di luar bandar atau di bandar, menghadapi cabaran tersendiri. Namun, mereka tidak peduli seberapa sukar dan mencabar cabarannya, semangat mereka untuk terus memberi ilmu kepada generasi muda tetap tidak pudar.
Semangat juang yang ditunjukkan oleh warga pendidik di kawasan luar bandar mencerminkan betapa suci dan murninya niat mereka dalam menyumbangkan ilmu kepada generasi demi generasi. Meskipun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang berbeza daripada guru yang mengajar di bandar, mereka menghadapi cabaran itu dengan tenang, kerana mereka menyadari tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak bangsa yang akan menjadi pemimpin negara di masa depan.
Situasi ini dialami oleh tenaga pengajar dan pekerja di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan yang menghadapi beberapa kesukaran dalam perjalanan menuju sekolah tersebut telah menarik perhatian orang ramai. Seorang guru telah berkongsi video di laman TikToknya bernama @cikguoffroad, memaparkan perjalanan mereka menuju ke sekolah menggunakan motosikal bersama rakan sekerja yang lain.
Di dalam video tersebut, keihatan para guru dan staf sekolah berjuang dalam melepasi berbagai tentangan seperti meredah jalan berliku-liku, berlumpur, dan melintasi sungai cetak. Yang lebih memilukan apabila tubuh badan mereka dipenuhi lumpur sebelum tiba di sekolah, dan kadang-kala mereka terjatuh daripada motosikal saat melintasi jalan tanpa jalan tar yang licin.
Dalam ruangan kapsyen video tersebut tertulis, “Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Hari Guru Mei 2023 untuk dikenang guru sejagat. Kami guru pendalaman mengucapkan terus berjuang!”
Tindakan guru-guru di sekolah pedalaman yang penuh pengorbanan dan komitmen dalam menjalankan tugas mereka telah menyentuh hati para netizen. Ramai yang berasa terharu dan terinspirasi oleh semangat yang ditunjukkan oleh para guru itu. Netizen berpendapat bahawa pengorbanan guru-guru itu seharusnya dihargai.
Mereka selayaknya mendapatkan penghargaan atas jasa mereka untuk mengingatkan dedikasi dan kerja keras dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak di kawasan pedalaman yang kebanyakannya adalah anak-anak orang asli.
Sumber: @cikguoffroad
Video perjalanan guru-guru ke sekolah
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI