Connect with us

Terkini

Netizen luah rasa ‘geli’ lihat pasangan kongsi momen manis sehingga bercumbuan

Dalam dunia serba-serbinya di hujung jari, kini semua orang bebas berkongsi aktiviti masing-masing di akaun media sosial yang mereka miliki. Kebebasan berkongsi gambar dan video koleksi peribadi membuka peluang dipertontonkan kepada orang ramai dan menikmati momen terindah mereka bersama orang tersayang.

Namun, ia bukan bermakna semua momen mesra itu boleh dikongsi untuk dijadikan tatapan ramai. Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan.

Walau bagaimanapun, Islam amat mengambil perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Justeru, perbuatan suami isteri bermesraan hendaklah dielakkan di khalayak ramai dan juga di media sosial kerana ia bukanlah akhlak seorang Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita pikul selama ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kemesraan sepasang suami isteri yang tidak berasa segan silu dan rasa bersalah berkongsi video pendek ketika si isteri sedang membantu si suami untuk bersiap memakai baju melayu dan beberapa kali mereka dilihat bercumbu secara spontan.

Advertisement

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang menganggap bahawa konten demikian adalah tidak sesuai untuk dijadikan tontonan umum. Ada yang meluahkan perasaan ‘geli’ saat menonton video itu walaupun pasangan tersebut sudah berkahwin.

Ada juga yang berpendapat, pasangan itu seharusnya menyimpan video momen tersebut dalam koleksi peribadi sahaja kerana tidak layak untuk dipertontonkan secara terbuka.

Video momen manis pasangan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel