Connect with us

Global

2 lelaki buat ‘live’ ketika merompak akhirnya tertangkap, kantoi selalu curi barang penduduk kampung

Tular sebuah video memaparkan dua orang lelaki sedang merompak sebuah kedai makan di Air Terjun Dolo, Kediri, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.

Apa yang menarik, video tersebut dirakam oleh mereka sendiri secara langsung. Kedua-dua lelaki berkenaan kelihatan sangat tenang ketika merompak di kedai tersebut dan sempat makan makanan ketika kejadian.

Difahamkan, mereka berjaya memecah masuk ke dalam kedai itu selepas bertindak menebuk pintu kedai tersebut.

Semasa mereka sedang mencari barang-barang untuk diambil, terus salah seorang dari mereka bertindak mahu merakam secara langsung aksi mereka ketika sedang mencuri.

Advertisement

Sebaik sahaja mereka selesai makan, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan beberapa buah tong gas serta barangan runcit yang berada di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kegiatan mereka disedari penduduk kampung lantas bertindak menangkap 2 orang pencuri itu.

Hasil informasi daripada penduduk setempat, difahamkan hampir kesemua kedai di kampung itu turut dirompak 2 orang pencuri itu, diketahui apabila barang-barang curi mereka dikumpul dan mendapati barang-barang tersebut berasal dari kedai yang berlainan.

Penduduk kampung bertindak mahu soal siasat kedua-dua pencuri itu dahulu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Video rakaman 2 lelaki sedang merompak

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel