Connect with us

Jenayah

Empat remaja ditahan polis kerana serang pelajar tingkatan tiga di Sibu

SIBU: Tular sebuah video memaparkan satu pergaduhan yang berlaku di kawasan parkir kereta di Jalan Intan, Sibu, Sarawak pada Isnin lalu.

Pergaduhan itu melibatkan pelajar tingkatan lima yang dipercayai menyerang pelajar tingkatan tiga yang tidak dikenali. Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari, dan pelajar terbabit belajar pada sesi pagi.

Dua pelajar dan dua penuntut universiti telah ditahan selepas mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Menurut laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan itu susulan laporan dibuat pelajar berusia 15 tahun pada 8.52 malam Isnin lalu.

Advertisement

“Berdasarkan laporan, pelajar terbabit memaklumkan dia dipukul berapa individu termasuk pelajar sekolah sama di kawasan parkir kereta.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan empat tangkapan di beberapa lokasi antara 9 hingga 11 malam yang sama.

“Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 14 hingga 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, polis polis turut terkesan video pergaduhan itu yang disebarkan di laman sosial berdurasi 50 saat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.

Advertisement

Zulkipli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Video rakaman pergaduhan pelajar

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel