Connect with us

Terkini

Akka Nasi Lemak akui penat, hidup tidak tenang selepas bisnes viral

Penangan viral boleh mendatangkan sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk. Ia juga boleh mengubah hidup seseorang sama ada menjadi senang mahupun susah. Baru-baru ini tular sebuah gerai nasi lemak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor diusahakan oleh Puan Sangeeta atau lebih mesra dipanggil Akka Nasi Lemak menjadi viral sehingga ramai yang sanggup beratur panjang seawal 5 pagi untuk merasa masakan Akka Nasi Lemak.

Dengan kuasa viral, hasil jualan Akka Nasi Lemak meningkat dan dia turut dijemput satu program bual bicara yang disiarkan di Astro Ulagam. Di situ, dia bercerita pahit dan manis perjalanannya sebagai peniaga jalanan. Meskipun nama Akka Nasi Lemak sudah terkenal di seluruh Malaysia, namun, ada sisi gelap yang terpaksa dia tempuhi selepas penangan viral.

Akibat terlampau ramai menyerbu ke gerainya, Sangeeta menjadi terlalu sibuk dan kelihatan sedikit susut kerana kepenatan. Disebalik ramai peminat nasi lemaknya, terdapat juga pelbagai kecaman, hinaan dan gangguan yang diterimanya daripada pelbagai pihak yang iri hati melihat perniagaannya maju.

Katanya lagi, perniagaannya sudah beroperasi lebih 13 tahun dan tahun-tahun sebelum gerainya menjadi viral, kehidupan dia sangat tenang. Ramai orang anggap selepas perniagaannya maju, dia sudah hidup bermewah-mewahan. Namun, sebaliknya berlaku kerana keluarganya berempat masih menyewa di sebuah rumah bersaiz kecil dan hidupnya sangat sederhana.

Advertisement

Bahkan, ianya tidak semudah disangka untuk menjalankan sesuatu perniagaan terutamanya berniaga produk makanan yang mana setiap hari dia perlu membeli bahan basah, memasak pelbagai lauk pauk dan dalam masa yang sama perlu melayan pelanggan yang bermacam ragam dan kerenah setiap hari.

Baca: Peniaga nasi lemak viral dihamun pelanggan

Dalam sebuah perkongsian TikTok oleh @billioners_1111 yang merakamkan luahan Sangheeta, menyatakan dirinya sudah penat dan sangat sedih, lebih-lebih lagi jika ada yang menghinanya dalam media sosial. Sangheeta turut meluahkan dia kini sudah tidak lalu makan kerana hari-hari masak benda yang sama untuk para pelanggan.

Sumber: Sinar Harian

Video Akka Nasi Lemak luah rasa sedih

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel