Connect with us

Terkini

Pelanggan tunjuk kemaluan minta ubat pada pekerja farmasi

Baru-baru ini, terdapat sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak ‘gila’ dengan membuka seluar dan tanpa segan silu menunjukkan kemaluannya kepada dua orang pekerja farmasi yang mana lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Video tersebut dirakam melalui kamera litar tertutup milik farmasi berkenaan. Difahamkan kejadian telah berlaku pada Selasa lalu pada pukul 1:53 petang menerusi tarikh dan masa yang tertera di dalam video tersebut.

Video itu dimuat naik oleh seorang ahli group Kes Viral Apa Hari Ini di laman Facebook pada Khamis lalu. Ahli group tersebut tulis “Serangan seksual pada pekerja farmasi,” di ruangan kapsyen.

Pada awalnya, lelaki yang berpakaian serba hitam di dalam video itu dilihat seperti pelanggan biasa yang sedang menanyakan sesuatu pada pekerja farmasi di kaunter farmasi berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki itu dengan selamba membuka seluar dan kelihatan seperti mahu menunjukkan sesuatu di punggungnya.

Namun, pekerja farmasi tersebut masih tenang melayan lelaki itu dengan membawa sesuatu dipercayai ubat yang diminta suspek dan diletakkan di atas kaunter.

Situasi menjadi lebih keruh apabila suspek mula menunjukkan dan memegang kemaluannya kearah pekerja-pekerja farmasi.

Menurut maklumat dalam ruangan komen, seorang ahli group bernama AmirRr memberitahu bahawa suspek sebenarnya telah melarikan diri daripada farmasi tersebut setelah pekerja memberitahu polis dalam perjalanan menuju ke premis tersebut.

“Dengar cerita dia lari selepas pekerja kat situ bagi tahu polis nak datang. Gila betul orang sekarang tunjuk ‘bebird’ (kemaluan) di khalayak ramai,” tulisnya.

Advertisement

Sehingga berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan suspek melakukan tindakan tersebut, dan belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa.

Sumber: Majoriti dan Kes Viral Apa Hari Ini

Video lelaki tunjuk kemaluan pada pekerja farmasi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel