Pengantin baru menangis letih menjadi isteri selepas seminggu berkahwin

Apabila sudah berumah tangga, suami isteri harus memikul tanggungjawab yang besar. Ini kerana, mereka perlu berdikari dan tidak lagi bergantung dengan mak ayah seperti waktu bujang dahulu.

Apabila memasuki alam rumah tangga, pada permulaannya ramai yang terkejut dengan perubahan yang ketara seperti perlu bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk suami, menjaga kebersihan rumah, mencuci pakaian, memasak untuk tengahari, dan banyak lagi. Bagaimanapun, semua ini akan menjadi rutin dan akan terbiasa seiring berlalunya masa dalam berumah tangga.

Tular sebuah video di TikTok dari Indonesia, seorang isteri mengadu sambil menangis kerana berasa letih selepas seminggu berkahwin. Si isteri berkata, sepanjang dia tinggal bersama orang tuanya, segala urusan rumah termasuk memasak semuanya disediakan oleh ibunya.

Namun, apabila sudah berkahwin, dia perlu bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk suaminya. Si isteri turut berkata, dia rindukan zaman ketika dia masih bujang yang mana rutin hariannya, dia bangun paling awal pun pada pukul 11 pagi dan sarapan sudah terhidang di atas meja.

Advertisement

Sambil menangis, si isteri berkata dia berasa sangat mengantuk dan meminta suaminya menyediakan sarapan sendiri. Namun, si suami sabar memujuknya dan berkata lama-lama si isteri akan terbiasa dengan rutin harian itu.

Video yang dimuatnaik oleh @baihakidisini itu telah mencapai 48 juta jumlah tontonan setakat ini. Ramai netizen berasa terhibur dengan gelagat pengantin baru itu. Ada juga yang meluah rasa bimbang dengan rumah tangga mereka dalam menempuh ujian yang lebih mencabar kelak.

Dalam perkongsian video mereka yang lain, mereka mula berkenalan pada bulan Disember tahun lalu melalui Instagram dan pada bulan Januari, mereka mengadakan pertemuan pertama.

Mereka saling berjumpa dengan keluarga masing-masing, seorang di Banten dan seorang lagi di Riau, dan pada bulan Mac itu merupakan pertemuan kedua mereka. Tanpa memakan masa yang lama, pada pertemuan kedua mereka, mereka dengan serius memutuskan untuk berkahwin dan memulakan persiapan perkahwinan.

“1 Mei pada pertemuan ketiga lamaran dibuat dan pada 6 Mei mereka mendirikan rumah tangga,” katanya berkongsi momen bertemu isterinya.

Advertisement

Jodoh mereka berdua terjalin dengan cepat dan lancar, dan ini mungkin menjadi kejutan bagi isterinya yang sebelum ini bergantung kepada orang tuanya. Bagaimanapun, proses untuk menjadi suami isteri dan saling mengenali memerlukan masa. Semakin masa berlalu, semakin kematangan itu akan datang dengan sendiri.

Video isteri menangis mengadu penat selepas menjadi isteri

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

43 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

24 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago