Connect with us

Jenayah

Polis Johor lengkapkan siasatan kes dera bayi di taska

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (gambar) berkata reman terhadap wanita berusia 21 tahun yang akan berakhir esok, akan disambung bagi mendapatkan bukti lanjut.

“Kami akan sambung reman bagi melengkapkan siasatan untuk mendapatkan beberapa bukti lagi dan apabila selesai siasatan termasuklah laporan daripada pihak perubatan, kami akan bawa kertas siasatan ke pihak pendakwa raya untuk nasihat lanjut,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini hari ini.

Advertisement

Berangkat sama pada majlis itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan dua anakandanya Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa video tular adalah video lama, Kamarul Zaman berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu, sambil memaklumkan tiada laporan baharu diterima oleh mana-mana ibu bapa berhubung kes dera sama ada membabitkan individu yang sama atau sebaliknya.

Pada Isnin lepas, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

Susulan itu, seorang wanita tempatan direman empat hari mulai 16 Mei untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001. – Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel