Connect with us

Terkini

Dakwa dipukau pasangan warga asing di Kuantan, peniaga nyaris hilang duit & anak

Tular di media sosial, seorang wanita yang mendakwa dia hampir kehilangan wang ringgit dan anaknya, setelah didatangi oleh dua warga asing yang berpura-pura membeli barang di kedainya.

Menurut wanita itu, dua individu terbabit berpura-pura mahu membeli air minuman yang paling murah dan sebelum bertanyakan tentang kadar pertukaran mata wang terkini.

“My scary story today, baru open kedai hari ni. Datang dua orang foreigner lelaki dan perempuan konon nak beli barang. Dia cari yang paling murah (modus operandi) dekat kedai, air susu legend RM3.

“Lelaki itu keluarkan duit mata wang Singapura dan bertanya mengenai mata wang terkini di sini berapa. Selepas itu, dia nak tengok wang keras RM100,” katanya.

Advertisement

Tiba-tiba suami pengadu pergi ke kaunter dan memberikan mereka wang kertas RM100, membuatkan dia tidak sedap dan mula membaca ayat Kursi. Sementara itu, wanita warga asing itu pula cuba bermain dengan anaknya sebelum menghulur tangan untuk mengambil anak pengadu.

“Husband aku nampak macam blur gila, dia boleh bagi lelaki tu pegang duit RM100. Aku ambik dari dia. Yang perempuan tu konon nak main dengan Alisa (baby 3 bulan) and hulur tangan nak ambik Alisa dari aku,” katanya

Selepas itu, lelaki warga asing itu meminta ditunjukkan wang kertas lain dan bertindak membuka beg tangan pengadu. Suami pengadu bagaikan dipukau, hanya membiarkan saja lelaki itu berbuat demikian. Bimbang kejadian bertambah buruk, pengadu terus berlari keluar daripada kedai dan meminta pertolongan.

“Aku memang tak pandang mata diorang. Aku tolak tangan laki tu aku tutup handbag aku. Aku lari pergi JNT sebelah kedai, bawak lari Alisa, panggil budak JNT tolong.

“Yang perempuan itu pula tak senang duduk dah. Pergi kehulu, kehilir, ke depan. Budak JNT masuk dengan aku membuatkan pasangan warga asing itu mengelabah. Terus ia bayar RM5 sebelum suami pulangkan baki RM2,” katanya.

Advertisement

Pengadu meminta orang ramai khususnya warga Kuantan berhati-hati jika berurusan dengan dua warga asing itu. Dia memanjatkan rasa bersyukur dapat bertindak cepat daripada terus diperdaya dua individu berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian netizen di media sosial, kejadian yang sama pernah berlaku di sebuah butik di Merlimau, Melaka yang dipercayai didalangi oleh suspek yang sama.

Sumber: Yaya Azlan (Warga Kuantan Official), Malaysian Most Viral

Video Tular Kes Pukau Di Kuantan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel