Sejak Khamis lalu, tular satu klip video kejadian beberapa orang lelaki diugut oleh sekumpulan penduduk kampung yang menggunakan senjata tajam di dipercayai berlaku di Sabah.
Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan ladang kelapa sawit dan video itu dimuat naik di laman Facebook oleh Alexson_Felix
“Kalau masuk kawasan orang minta izin dahulu, jangan sesuka hati menceroboh masuk.
“Ladang sawit ini bahaya bos, macam-macam orang ada. Takut hilang terus kalau pergi ke sana dengan niat jahat,” tulisnya lagi.
Dia mendakwa insiden tersebut berlaku apabila terjadinya salah faham antara mangsa dan penduduk kampung di kawasan berkenaan, bagaimanapun tidak dinyatakan punca, tarikh dan lokasi sebenar sebenar yang mencetuskan pergaduhan tersebut.
Menerusi video berdurasi seminit berkenaan, kelihatan beberapa orang lelaki memegang parang mengetuk bahagian depan kenderaan pacuan empat roda sambil menjerit.
Insiden itu dirakam oleh salah seorang rakan mangsa yang berada di dalam sebuah lagi kenderaan di belakangnya sebelum kereta tersebut akhirnya berjaya melarikan diri dan meninggalkan perakam yang terpaksa memberhentikan kenderaannya.
Lebih malang apabila sekumpulan lelaki tersebut tiba-tiba terus menuju ke arahnya sambil menunjukkan senjata tajam, malah turut kedengaran suara perakam tersebut meminta maaf.
“Ampun, ampun, ampunlah,” katanya.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan perakam video tersebut.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI