Connect with us

Terkini

Padah tendang kereta Proton Savvy, penunggang motosikal tersungkur

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dirakam melalui ‘dashcam’ memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menendang sebuah kereta jenis Proton Savvy di atas jalan raya secara tiba-tiba. Bagaimanapun, perbuatannya itu akhirnya membawa padah pada diri sendiri.

Video tersebut telah dikongsi di halaman Facebook bernama Sukan Star TV pada Selasa lalu. Dalam video itu dilihat seorang penunggang motosikal yang berbaju warna kuning sedang memecut laju dan cuba memotong kenderaan lain di lorong kiri. Namun, tindakannya itu gagal kerana dihalang oleh kereta Proton Savvy terbabit.

Kemungkinan berasa tidak puas hati, penunggang motosikal itu kemudian menendang bahagian kiri kereta Proton Savvy tersebut. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya akibat tindakan tersebut, dia terjatuh ketepi jalan selama beberapa saat dan kemudian dia bangun semula.

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Kembangan, Selangor, namun tarikh dan masa kejadian tidak dinyatakan.

Advertisement

Di ruangan komen pada perkongsian itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan penunggang motosikal tersebut dan ramai yang meninggalkan komen berbaur menyiindir.

“Hahaha.. malu dapat.. sakit pun dapat.. poket pun rabak.. simpan sikit akal tu supaya tahu cara bawak motor dengan elok dan tahu cara dan masa untuk tekan brek” kata Keluarga Syukran.

“Kaki untuk kita sentiasa alert tekan brek atau ketika bermain bola sepak bukan untuk menendang kereta orang sesuka hati.. sama-sama bertolak ansurlah kita di atas jalan raya, ingatlah orang yang tersayang” kata Fareez Belandri.

Sumber: Sukan Star TV

Video penungggang motosikal jatuh

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel