Tiket konsert Coldplay dijadikan sebagai mas kahwin

Baru-baru ini, isu konsert kumpulan rock popular, Britain, Coldplay hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mereka akan mementaskan konsert siri jelajah mereka di beberapa negara termasuklah Malaysia yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.

Terbaharu, di Indonesia, tular sebuah video di media sosial memaparkan satu majlis akad nikah kerana pengantin lelaki memberikan isterinya tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun Twitter @fhfndtaaa. Pemilik akuaun itu berseloroh “saudara aku nikah pakai maharnya tiket Coldplay, nikahnya di support Chris Martin,” di ruangan kapsyen.

Di dalam video tersebut, kelihatan bapa pengantin perempuan sedang menggenggam tangan pengantin lelaki dan jelas kedengaran perkataan yang dilafazkan saat mahu menikahkan anaknya.

Advertisement

“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan kamu dengan mas kahwin 21-gram logam mulia (emas), satu set persalinan solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai,” lafaz bapa pengantin perempuan.

“Saya terima nikahnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut secara tunai,” lafaz pengantin lelaki pula.

Namun, lokasi majlis akad nikah tersebut tidak dinyatakan oleh pemilik akaun berkenaan.

Untuk pengetahuan, Coldplay akan membuat konsert di Indonesia dahulu sebelum tiba giliran Malaysia iaitu pada 15 November 2023. Dalam konsert siri jelajah ini, Billboard menjangkakan Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) akan menjana pendapatan USD600 juta (RM2.6 billion) untuk Coldplay, sekali gus menjadikan #MOTSWT dalam senarai Top 5 jelajah paling berjaya di dunia,” lapor ciapan The Boss Asia.

Sumber: @fhfndtaaa dan The Boss Asia

Advertisement

Video akad nikah pengantin

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago