Connect with us

Terkini

Warga Myanmar tak takut, berani cabar polis di Johor

Bukan sekali dua kita dengar warga Myanmar buat hal di negara kita namun, sudah berkali-kali puak mereka mencabar kita. Semakin lama mereka tinggal di sini, semakin mereka menjadi besar kepala.

Sudah diberi betis, mahu paha pula. Begitulah sikap puak ini yang tidak malu meminta kemudahan dan hak sama rata seperti rakyat tempatan.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Mastur Alexsandria pada Ahad lalu memaparkan seorang warga Myanmar bertindak berani mencabar pihak berkuasa. Individu tersebut membuat kecoh di sebuah kedai yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Johor.

Pemilik akaun TikTok berkenaan tulis “Warga Myanmar, panggil polis” di dalam video tersebut. Kelihatan seorang lelaki berkemeja dan berkain pelikat sedang mencabar pihak polis. Difahamkan, pihak polis sedang membuat rondaan di kawasan terbabit.

Advertisement

Turut kedengaran juga, lelaki warga Myanmar itu sedang memekik memanggil polis dengan cara bersiul dan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan didengar.

“Polis datang, apa polis? Apa? Saya tak takut polis datang,” katanya.

Pemilik akaun itu mendakwa kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam yang sememangnya berada di tempat kejadian itu dan lelaki itu juga sebenarnya sedang mabuk serta telah menimbulkan kekecohan di situ.

DI ruangan komen, ramai netizen meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada lelaki warga asing terbabit kerana tidak puas hati dengan aksinya.

“@pdrmalaysia_ takkan senyap je,” tulis Daus Paan

Advertisement

“Sedih bila tengok macam kita pulak yang menumpang dekat negara orang,” tulis Irfan perfume.

Terbaharu, dipetik daripada laporan Sinar Harian, video tular memaparkan aksi seorang lelaki warga asing yang dipercayai warga Myanmar memarahi polis di sebuah kedai runcit di Skudai dilaporkan adalah video lama.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut didapati berlaku pada tahun lalu. Ia berlaku di sebuah kedai runcit yang terletak di Taman Tan Sri Yaacob.

“Kejadian itu dikesan berlaku pada 2022 di kedai runcit berkenaan, tetapi video itu tular sejak Ahad lalu.

“Suspek merupakan pelanggan kedai runcit tersebut dan sering datang ke premis itu dalam keadaan mabuk serta membuat bising.

Advertisement

“Pemilik kedai runcit sudah mengesahkan bahawa lelaki itu sudah lama tidak datang ke premis berkenaan kerana sudah berpindah,” katanya menerusi kenyataan media.

Dalam pada itu, Rahmat sempat menasihati orang ramai agar tidak memuat naik video sewenang-wenangnya serta menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti.

Video seperti itu boleh menyebabkan orang ramai yang melihatnya membuat andaian mereka sendiri.

Sumber: Sinar Harian

Video lelaki warga Myanmar cabar polis

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel