Pelajar ditarik dari barisan kerana membawa hadiah kecil untuk guru

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Sekarang ini telah menjadi satu trend guru-guru diberi pelbagai hadiah oleh para pelajar sempena sambutan Hari Guru. Namun, tular sebuah video memaparkan seorang pelajar perempuan menerima layanan kurang menyenangkan daripada gurunya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @ian_sadjidin, menunjukkan seorang pelajar perempuan ditarik dari barisan kerana hadiah yang diberikannya kecil berbanding rakan-rakannya yang lain. Kelihatan rakan sekelasnya membawa sejambak hadiah makanan ringan yang agak besar. Manakala, ditangan pelajar perempuan itu hanya ada tiga bungkus makanan ringan tanpa sebarang hiasan seperti yang lain. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Indonesia, namun lokasi kawasan tidak dinyatakan.

Di awal video, pelajar perempuan itu kelihatan gembira menunggu giliran di depan kamera untuk memberi hadiah kepada gurunya. Namun, apabila gilirannya untuk berjalan ke depan, seorang perempuan dewasa dipercayai salah seorang gurunya menarik tangannya keluar dari barisan.

Setelah menarik tangan pelajar perempuan tersebut, guru itu menyuruh pelajar-pelajar lain yang membawa hadiah besar berjalan ke depan dahulu. Pelajar perempuan itu dilihat hanya diam sambil perhatikan rakan-rakannya berlalu ke depan. Namun, riak wajahnya dapat dilihat bertukar sedih walaupun dia tidak menangis. Tindakan guru wanita itu menarik perhatian netizen di Indonesia. Ramai yang mengecam guru tersebut kerana hanya mahukan hadiah yang besar daripada pelajar-pelajarnya.

Advertisement

Nilai hadiah diberi bukanlah ukuran walaupun ia sekadar sebatang pen, yang penting pemberian hadiah itu ikhlas daripada hati tanpa mengharapkan sebarang pembalasan. Pemberian hadiah bukannya satu paksaan oleh pihak tertentu yang mewajibkan pelajar-pelajar memberi hadiah kepada guru.

Bukan semua dari mereka berkemampuan membeli hadiah untuk guru. Apa sahaja hadiah yang diberikan oleh para pelajar, sebagai seorang guru sepatutnya menghargai pemberian tersebut kerana ia ikhlas datang dari hati mereka.

Video pelajar ditarik keluar barisan oleh gurunya

Sumber: merdeka.com

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

50 seconds ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago