Connect with us

Jenayah

Samun berkumpulan: Polis tahan empat individu termasuk seorang wanita

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan membabitkan sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Ampang di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak (gambar) berkata kesemua suspek yang berumur 19 hingga 40 tahun ditahan di sebuah rumah pangsa di Jalan San Peng pada 4 pagi.

Beliau berkata dalam insiden itu, mangsa telah didatangi dua suspek lelaki yang dikenalinya, menaiki motosikal jenis Yamaha warna hitam dan tiada nombor plat pendaftaran.

“Tiba-tiba pembonceng belakang telah turun dari motosikal dan mengelar tangan mangsa menggunakan pisau pemotong buah manakala seorang lagi suspek mengambil dompet serta telefon bimbit mangsa.

Advertisement

“Selepas itu, kedua-dua suspek terus melarikan diri… mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang serta menerima 11 jahitan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang berusia 29 tahun, dan suspek mengenali antara satu sama lain manakala motif samun adalah untuk membalas dendam.

“Mangsa dipercayai selalu memukul teman wanitanya dan suspek merupakan ahli keluarga teman wanita tersebut dan mereka merancang untuk menyerang serta mengambil telefon bimbit mangsa,” katanya.

Beliau berkata dua lagi suspek yang ditahan ialah teman wanita mangsa manakala seorang lagi masih disiasat penglibatannya.

“Kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis Amfetamina dan ketiga-tiga tahanan lelaki mempunyai rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah manakala tahanan perempuan tiada rekod lampau,” katanya.

Advertisement

Mohamad Farouk berkata keempat-empat suspek telah direman selama enam hari hingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel