Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang mengenakan baju batik rebah jatuh ke tanah ketika sedang bernyanyi di atas pentas.
Lelaki tersebut merupakan seorang ketua kampung di Jember, Jawa Timur, Indonesia bernama Mulyono, 50-an. Ketika kejadian, Mulyono sedang menari dan menyanyi lagu dangdut bersama seorang penyanyi perempuan yang mengenakan gaun merah di atas pentas dalam satu acara di kampungnya.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, dia jatuh dan menyebabkan beberapa orang kampung segera naik ke pentas untuk beri bantuan.
Menurut Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto berkata, mangsa meninggal dunia kerana dia terlalu penat selepas menghadiri ke beberapa aktiviti yang padat seharian.
Katanya lagi, pada siang hari itu, mangsa menghadiri aktiviti bersama polis. Kemudian, pada sebelah petangnya dia meneruskan pula perjalanan ke kediaman abangnya di Banyuwangi. Selepas itu, pada sebelah malamnya Mulyono masih memaksa diri memenuhi undangan pentas dangdut yang diadakan oleh penduduk di kampungnya.
Difahamkan, persembahan dangdut itu diadakan untuk menghormati seorang penduduk Kampung Ambulu yang telah lulus uji bakat pertandingan dangdut di sebuah stesen televisyen Jakarta.
Tapi malangnya, baru beberapa minit menyanyi, ketua kampung tersebut rebah. Penduduk yang menyaksikan kejadian itu panik dan segera membawa Mulyono ke hospital. Malangnya, Mulyono kemudiannya meninggal dunia.
Video ketua kampung rebah di atas pentas
Sumber: merdeka.com
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI