Sanggup bahayakan diri, penunggang motosikal lari akibat gelabah anggota JPJ nak tengok lesen

Seorang penunggang motosikal bertindak melarikan diri apabila didekati oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) ingin memeriksa lesen motosikalnya di Kuantan, Pahang pada Isnin lalu.

Insiden itu dirakam oleh kamera Go-Pro yang dipasang pada topi keledar anggota tersebut memaparkan aksi kejar mengejar penunggang motosikal yang menunggang secara melulu pada kelajuan tinggi bagi mengelak daripada dirinya ditangkap.

Video tular berdurasi dua minit dan 10 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @mrxpyza. Dalam video tersebut, dapat dilihat penunggang itu menunggang motosikal secara berbahaya dan hampir bertembung dengan kenderaan lain beberapa kali.

Pada hujung video, penunggang itu akhirnya memberhentikan motosikal di pembahagi jalan, tetapi meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri daripada anggota tersebut.

Advertisement

Video itu diakhiri dengan beberapa dokumen dipercayai surat saman yang dikeluarkan terhadap penunggang motosikal tersebut di atas kesalahan yang dilakukan.

Di bawah ruangan kapsyen video tersebut bertulis, “disebabkan adik nak main lari 4 X 100, tak pasal-pasal 7 keping surat undangan (saman) sampai ke rumah adik.”

Dalam pada itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang sanggup membahayakan pengguna jalan raya lain untuk mengelak dirinya ditangkap.

“Abang JPJ ni kalau orang beri kerjasama inshaaAllah boleh lepas, Abang JPJ ni pun ada hati juga macam kita semua, lengkap tak lengkap boleh budi bicara lagi,” kata Syed Luqman.

“Benda boleh bincang, buat apa nak lari,” kata Rahmanautopilot.

Advertisement

Sumber: TikTok @mrxpyza

Video kejar mengejar antara JPJ dan penunggang motosikal

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

17 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago