Connect with us

Jenayah

Teman lelaki tergamak tikam, toreh, bakar teman wanita untuk rahsiakan kehamilan

Seorang wanita dibunuh oleh teman lelaki dipercayai gara-gara mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit. Kejadian berlaku di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar semalam.

Agus Salim (tiga dari kiri) menunjukkan barang bukti berhubung kes pembunuhan seorang wanita pada sidang media di Dewan Iltizam IPD Sabak Bernam pada Rabu.

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, mangsa berusia 21 tahun itu bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit sekitar jam 8.10 pagi.

“Suspek dan mangsa dikatakan adalah pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun. Malah, mangsa dipercayai hamil empat bulan,” kata Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.

Gambar suspek yang tular di media sosial

Difahamkan, suspek yang juga lepasan sebuah kolej membawa mangsa menaiki sebuah kereta keluarganya di kebun kelapa sawit kira-kira jam 10 malam. Mereka didapati bertengkar sebelum suspek bertindak membunuh mangsa dengan kejam.

Agus Salim berkata, suspek naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaannya untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah tersebut.

Katanya lagi, sebelum kejadian, berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa hingga mati. Suspek juga bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat mangsa.

Advertisement

Kemudiannya, suspek pulang ke rumah dan datang semula ke tempat kejadian keesokan harinya kira-kira jam 7 pagi dengan menunggang motosikal kerana suspek berasa tidak sedap hati dan sekali lagi suspek bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol untuk melupuskan mayat selain cuba membuang semua barang bukti di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.

Namun, tindakan suspek disedari oleh orang awam yang menemui mayat terbakar di lokasi kejadian dan bertindak mengububungi polis. Polis telah menahan suspek di sebuah rumah keluarganya pada jam 1:45 petang semalam di Sungai Besar.

Agus Salim turut berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau. Suspek akan direman selama enam hari bermula hari ini (Rabu) untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat mangsa yang terbakar 60 peratus kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Advertisement
@johnkambam #alfatihahbuatmu kawan #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #kitabaikramaisayang #kawan #syurgamenantimu🤲😭 #sungaibesarselangor #tenangdialamsana ♬ bunyi asal – @ceo.John 🐊

Sumber: Sinar Harian dan TikTok @ceo.John

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel