Connect with us

Jenayah

Pembantu rumah dikurung dan dirantai majikan dalam tandas

Sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar keluhan tuan rumah apabila pembantu rumah warga asing melarikan diri dari rumah tanpa diberitahu sebarang alasan. Ada juga dari mereka membawa sekali barang-barang tuan rumah sebelum bertindak melarikan diri.

Namun, melakukan kekejaman terhadap mereka bukanlah jalan penyelesaiannya. Sebuah video tular baru-baru ini memaparkan seorang pembantu rumah dikurung dan dirantai oleh majikannya di dalam sebuah bilik air rumah majikannya.

Video tersebut dimuat naik di TikTok oleh @amanpeace45 dipercayai salah seorang penduduk di sebuah rumah pangsa di Taman Tenaga, Kajang. Menerusi video itu, dapat dilihat pihak polis sedang mencuba membuka rantai yang diikat pada pembantu rumah berkenaan di dalam tandas.

Apabila rantai berjaya dibuka, pembantu rumah itu kelihatan penat dan polis memintanya untuk berehat sambil mereka menjalankan siasatan di rumah tersebut.

Advertisement

Dipetik daripada laporan Harian Metro, seorang penduduk Taman Tenaga yang enggan dikenali, berkata dia pada mulanya ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan, kira-kira jam 9 malam Ahad lalu.

“Pekerja runcit itu kemudiannya memaklumkan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu.

“Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan.

“Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan.

“Polis kemudiannya memecah pintu rumah itu dan ditemukan seorang wanita dalam keadaan dirantai dan lesu di dalam bilik air,” katanya.

Advertisement

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan bahawa mereka berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah yang dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.

“Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas,” katanya lagi.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

Video pembantu rumah dikurung dan dirantai dalam bilik air

Sumber: Harian Metro dan TikTok @amanpeace45

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel