Connect with us

Terkini

Pembeli tidak puas hati dikenakan cas 50 sen selepas tambah telur rebus, ikan bilis, sambal, kacang di dalam nasi lemak

Sejak beberapa tahun ini, harga bahan mentah dan makanan sudah semakin meningkat. Ramai pihak terkesan disebabkan hal ini terutamanya peniaga makanan yang mana mereka terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual.

Sebuah video tular di TikTok yang dimuat naik oleh @nisya126 memaparkan situasi di mana seorang penjual nasi lemak didatangi pembeli yang mahukan tambahan lauk yang banyak di dalam nasi lemak berharga RM2.

Pada awal video, pembeli tersebut meminta untuk menambah telur rebus, kacang tanah, ikan bilis dan sambal dalam kuantiti yang banyak di dalam hidangan nasi lemak biasa.

Penjual tersebut hanya mengikut sahaja permintaan pembeli itu dan apabila dia selesai membungkus nasi lemak tersebut, dia memberitahu pembeli bahawa nasi lemak yang sudah ditambah lauk berjumlah RM2.50 iaitu hanya diminta untuk menambah 50 sen sahaja daripada harga asal.

Advertisement

Namun, pembeli tersebut tidak bersetuju dengan harga dikenakan sehingga meninggikan suara meluah rasa tidak puas hati hanya kerana dia terpaksa membayar harga lebih 50 sen. Pembeli tersebut turut berkata bahawa dia hanya meminta tambahan sedikit sahaja.

Penjual nasi lemak itu kelihatan terkedu dengan reaksi pembeli tersebut lalu terpaksa bersetuju dengan harga RM2 dikenakan untuk nasi lemak tersebut.

Bertambah masalah apabila pembeli tersebut memaklumkan dia hanya akan bersetuju membayar sekiranya bayaran boleh dibuat melalui online kerana dia tidak mempunyai duit di tangan.

Di akhir video, pembeli itu menghempas bungkusan nasi lemak di atas meja walaupun sudah dipegang lalu berkata dia tidak jadi beli hanya kerana tidak dapat buat bayaran secara online.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen naik berang dengan sikap pembeli itu dan ada juga berpendapat sepatutnya harga yang dikenakan lebih tinggi berbanding 50 sen kerana penambahan lauk yang dibuat lebih mahal nilainya.

Advertisement

“Kalau saya cas RM 3.. semua tambah,” kata Anitaahmad818.

“RM 2 tu dah murah sangat,” kata swagmeowmeow.

@nisya126 Ragam customer,Sabar lah hati😰#tyscrr #nisya06 ♬ bunyi asal – Nisya Kanwal🌹

Sumber: TikTok @nisya126

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel