Connect with us

Terkini

Lelaki hadir majlis kahwin bekas kekasih, pakai maskot Ninja Turtles

Setelah lama bercinta, mestilah setiap orang akan memasang impian untuk mengakhirinya hingga ke alam perkahwinan. Namun, jika jodoh sudah tidak tertulis, siapalah kita mahu menolak takdir.

Saat yang paling sukar apabila perpisahan itu berlaku adalah fasa untuk move on kerana bukan senang mahu lupakan sesuatu hubungan yang pernah dibina malah terhenti di tengah jalan.

Itulah yang turut dirasai oleh seorang pemuda bernama Amat Darobi melalui satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok dan video tersebut telah menjadi tular.

Di dalam video berdurasi satu minit itu memaparkan, pemuda berusia 28 tahun itu hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya dan apa yang menarik perhatian ramai adalah dia menyarung maskot kartun terkenal iaitu Ninja Turtles.

Advertisement

Amat berbuat demikian kerana mahu menyorokkan identitinya. Oleh itu, dia nekad buat penyamaran dengan memakai kostum tersebut yang telah disewakan selama 6 jam.

Amat yang bekerja sebagai jurugambar mengakui berasa gementar dan malu, namun dia hanya menganggap itu adalah satu cara yang terbaik untuk hadir ke majlis itu tanpa sebarang masalah kerana dia tahu pasti akan ada mainan emosi.

Difahamkan, Amat dan pengantin wanita itu pernah bercinta dari tahun 2015 namun hubungan itu terputus pada tahun lalu.

Amat redha dengan hubungan mereka terhenti setakat itu sahaja dan dia terima apabila bekas teman wanitanya sudah bertemu jodoh dengan orang lain sehingga ke jenjang pelamin.

Malah, kedua-dua pengantin tersebut tidak kisah dengan kehadiran Amat yang berkostum Ninja Turtles ke majlis mereka dan turut bergambar bersama.

Advertisement

Video lelaki pakai maskot Ninja Turtles hadir majlis kahwin bekas teman wanita

Sumber: TikTok @encik_dobi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel