Connect with us

Jenayah

Luka Tikaman Di Dada Punca Kematian Pelayan Restoran

SHAH ALAM — Punca kematian pelayan restoran yang dibunuh kejam sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Isnin lepas adalah dari luka tikaman pada bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata punca itu dikenal pasti setelah selesai proses bedah siasat terhadap mangsa.

Jelasnya lagi, jenazah mangsa juga telah dituntut oleh keluarga dan dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Kampung Nelayan, Sungai Besar.

Dalam pada itu, Agus Salim berkata keperluan tambahan tempoh reman akan dilakukan pihak sekiranya memerlukan siasatan lanjutan berhubung kes tersebut.

Advertisement

Katanya, mahkamah sebelum ini meluluskan reman pertama selama enam hari bermula Rabu hingga 29 Mei depan.

Media sebelum ini melaporkan, perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah dipercayai punca seorang wanita 21 tahun dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.

Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam, 22 Mei lalu.

Sumber: Bernama

👉Video Pengebumian Adik Echa

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel