Connect with us

Jenayah

Suami pukul lelaki jalin hubungan sulit dengan isteri sehingga mati, dipenjara 15 tahun

Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah atas pertuduhan memukul seorang lelaki yang menjalinkan hubungan dengan isterinya, sehingga mati.

Hakim Suria Kumar Durairaj menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Ad Darrabi Sadiman, 39, melalui pertuduhan piliah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Muhammad Mudrikah Lizan.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 28 Oktober 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi, manakala tertuduh diwakili peguam Safiah Abdul Aziz.

Advertisement

Sebelum hukuman dijatuhkan, Safiah memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya bertindak demikian disebabkan oleh mangsa yang menjadi punca kepada peristiwa itu.

“Dalam kes ini, anak guam saya tidak berniat melakukan perbuatan itu hingga menyebabkan kematian. Jadi saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minum kerana mengambil kira tempoh penjara yang dikenakan sementara menunggu hari penghakiman,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh menemui beberapa gambar intim mangsa dengan isterinya, selain mesej lucah di antara mereka dalam telefon bimbit mangsa.

Tertuduh kemudian bersama tiga rakannya (yang dibicarakan mengikut seksyen berlainan) menyebabkan mangsa maut di perkarangan Taman Rekreasi Sungai Senggarang, Batu Pahat, sekitar jam 6.40 petang hingga 8.50 malam, pada 23 Oktober 2018.

Ahmad bersama Muhammad Fadli Benu, 34, Rizaki Riduan, 43 dan Mohd. Fairuz, 40, didakwa memukul mangsa yang dituduh bermain cinta dengan isterinya.

Advertisement

Mangsa dipukul sehingga tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora ISmail (HSNI) Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.15 petang keesokan harinya.

Sumber: Kosmo! Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel