Tular kisah mengenai seorang wanita warga Amerika Syarikat bertindak menyaman kedua ibu bapanya atas sebab yang tidak masuk akal. Nama Kass Theaz menjadi bualan ramai apabila tindakannya itu telah mengejutkan ramai pihak.
Melalui perkongsian video di laman TikTok miliknya, dia mengaku bahawa dia telah memfailkan saman ke atas ibu bapanya atas alasan mereka melahirkan dia ke dunia itu tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.
Kata Kass lagi, sebab lain juga adalah dia tidak dimaklumkan lebih awal bahawa dia akan membesar sehingga menjadi dewasa dan perlu mencari kerja untuk menyara diri.
Jelasnya lagi, dia tidak puas hati kerana ibu bapanya gagal serta tidak menggunakan apa-apa cara untuk ‘menghubunginya’ terlebih dahulu sebelum dia dilahirkan ke dunia ini.
Dia juga tidak dapat menerima keputusan ibu bapanya apabila kedua-dua mereka tidak bertanya terlebih dahulu sama ada dia bersetuju untuk dilahirkan ataupun tidak.
Kedengaran apa yang Kass katakan seperti tidak masuk akal. Namun, keputusan untuk menyaman kedua ibu bapanya tetap dijalankan.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut yang telah mencapai 3 juta jumlah tontonan, ramai netizen seperti tidak percaya dengan tindakan Kass dan berpendapat bahawa Kass sebenarnya sedang bergurau serta mahu menjadi terkenal dengan cara yang paling cepat.
@isatandstared Replying to @JCNCLP ♬ original sound – Kass Theaz
Sumber: Kass Theaz
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI