Video seorang lelaki berjubah dan berkopiah sedang solat di perkarangan Gereja Pardamean, Jalan Tadu, Medan, Indonesia menjadi tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, aksi lelaki yang sedang solat itu telah menarik perhatian beberapa jemaah gereja yang hadir pada ketika itu.
Bagaimanapun, seroang paderi gereja terbabit, Tampak Hutagaol berkata, bahawa ini bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian tersebut telah dirakam pada Khamis lalu sekitar pukul 4 petang.
“Dia ialah penduduk Medan Perjuangan. Tempoh hari dia solat di halaman gereja. Ya, saat itu jemaah berkunjung ke gereja,” katanya pada Ahad.
Katanya lagi, sebelum ini lelaki itu sudah beberapa kali berkomunikasi dengan pihak gereja. Dia menjelaskan bahawa lelaki itu sebenarnya kurang waras dan dia selalu meminta wang dan makanan daripada penduduk sekitar situ.
“Kami sudah jelaskan, maaf cakap, lelaki itu tidak siuman. Dia sering datang ke sini. Kadang-kadang dia minum kopi, minta duit dan macam-macam lagi. Penduduk Islam di sekelilingnya sudah tahu dan mereka boleh memahaminya,” katanya lagi.
Setelah video tersebut tular, pihak polis telah datang ke gereja untuk memeriksa kejadian terbabit.
“Saya telah bercakap dengannya selepas solat di halaman gereja.
“Semalam polis datang ke sini untuk bertanyakan perkara ini. Sebab video tersebut pun dah tersebar kan? Akhirnya mereka terus ke kediaman lelaki itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Percut Sei Tuan Iptu Japri Simamora berkata, pihaknya telah mendapat laporan itu dan telah pun pergi sendiri ke lokasi.
“Apabila sampai di lokasi, kami dapati lelaki itu sudah beberapa kali ke gereja dan (dia) memang ada gangguan mental.
“Sebab itu kami masih menggesa penduduk supaya tidak terpengaruh dengan kejadian yang berlaku. Keadaan selamat dan terkawal,” jelasnya.
Video lelaki solat di halaman gereja
Sumber: Detik Sumut
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI