Connect with us

Jenayah

Rakaman CCTV kemalangan maut di SUKE dihantar ke makmal forensik

KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu, telah diteliti dan dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata setakat ini, tiada tangkapan dilakukan pihaknya berhubung kes itu.

“Bedah siasat terhadap mangsa telah selesai dijalankan di Hospital Ampang semalam (15 Jun) dan sebab kematian ialah kecederaan yang pelbagai akibat kemalangan jalan raya. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris, pada hari yang sama selesai bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tengah hari kelmarin, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter, akibat mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang melawan arus.

Advertisement

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale, maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak kelmarin.

Mohd Azam meminta saksi kejadian, untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Insp Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel