Abang syukur mayat adik akhirnya dijumpai, akan dikebumikan dekat pusara ibu

CHUKAI: Shahrizal Saliman, 40, abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini tidak dapat menahan sebak apabila dikhabarkan mayat adik bongsunya itu berjaya ditemukan hari ini.

Mayat Muhammad Fikri ditemukan 9.20 pagi tadi oleh pasukan pencarian selepas hampir seminggu dihanyutkan arus deras kepala air ketika pemuda dari Batu Pahat Johor itu berkelah bersama keluarga tunangnya di jeram berkenaan pada 1 Julai lepas.

“Alhamdulillah, berkat hari Jumaat yang mulia ini, akhirnya adik saya berjaya ditemui dalam keadaan… perginya… saya tak boleh cakap apa-apa, saya bersyukur,“ katanya sambil menahan kesedihan ketika ditemui media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Shahrizal berkata jenazah adiknya itu akan dikebumikan berhampiran pusara ibunya, Zaiton Rasib, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat.

Advertisement

Menurutnya kenderaan membawa jenazah adiknya akan bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas solat Isyak malam ini dan dijangka tiba di kampung halaman mereka pada waktu Subuh nanti.

Shahrizal telah berada di Pusat Kawalan Operasi di sini sejak Selasa bagi mengikuti rapat perkembangan pencarian adiknya dan sembilan lagi mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Semalam, selepas diberikan kebenaran khas oleh pihak berkuasa untuk masuk ke kawasan pencarian, anak ketiga daripada lima beradik itu mengambil peluang melaungkan azan sebagai ikhtiar agar adiknya dan seorang lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, ditemukan.

“Pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk solat hajat dan saya serta keluarga sentiasa berdoa adik saya ditemui. Mungkin adik saya ‘mendengar’ laungan azan saya semalam,“ katanya.

Pada masa sama, Shahrizal turut berterima kasih kepada pasukan pencarian daripada pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan penduduk kampung yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari keenam.

Advertisement

Dengan penemuan mayat Muhammad Fikri itu, kini operasi diteruskan bagi mengesan satu lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin.

Terdahulu, jenazah lapan sekeluarga yang ditemukan sebelum ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu lepas. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago